om:

BERILAH SALAM KERANA SALAM ADALAH SATU DOA

INFO BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN

INFO BUNGA RAYA BUNGA KEBANGSAAN
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu[1] (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Tip-tip Untuk Menjadi Murid Cemerlang

Tip-tip Untuk Menjadi Murid Cemerlang
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita -siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna -duduk tegak dikerusi yang selesa -baca doa penerang hati -baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul -fikir dan ingat kembali isi utama -catat/lakar -semak semula ketepatan maklumat -ulang sebut atau ceritakan pada orang lain -buat rumusan -jawab soalan -tampal maklumat yang rumit di dinding -baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

PETUA MENJADI ANAK SOLEH & SOLEHAH

PETUA MENJADI ANAK SOLEH & SOLEHAH
1.Mempunyai iman dan aqidah yang sempurna. 2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah subhanahuata'ala ) cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal. 3.Menghormati Ibubapa,guru, orang tua,jiran & kawan. 4.Rajin beribadat kepada Allah subhanahuata'ala dan berdoa kepada-Nya. 5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama. 6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. 7.Memiliki akhlak dan moral yang baik. 8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa. 9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah subhanahuata'ala . 10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah subhanahuata'a

Resepi Belajar

Resepi Belajar
RESEPI BELAJAR Bahan-bahannya: 1.Buku secukupnya(ikut selera masing-masing) 2.Sebuah ketekunan 3.3 mangkuk kerajinan 4.4 hiris keinsafan 5.5 keping kasih sayang 6.Beberapa potong kasih 7.Segenggam harapan 8.1/3 cawan air mata keinsafan 9.Semangkuk azam 10.Sekuntum A untuk hiasan Cara membuatnya: 1.Ambil beberapa buah buku(ikut selera) dan gaulkan dengan azam. 2.Biarkan seketika sehingga kedua-duanya sebati. 3.Ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 lit3r pati usaha. 4.Keyakinan,kasih sayang,nasihat,doa dan harapan digaulkan bersama. 5.Kemudian titiskan air mata keinsafan. 6.Kasih sayang dan harapan digoreng bersama kasih sebagai penambah perisa. 7.Tambahkan sedikit kerajinan. 8.Akhir sekali,masukkan kesungguhan serta beberapa hiris nasihat dan doa. 9.Taburkan dengan keimanan serta tawakal kepada Allah. Cara menjamahnya: 1.Apabila sudah masak(berjaya)rasakanlah kelazatannya(hasil),jika kurang sedap,tambahkan lagi ketekunan dan kerajinan secukupnya. 2.Hidangkan dengan sebuah kesyukuran untuk mencantikkannya lagi. 3.Hiasilah dengan seyuman. 4.Jangan masukkan dendam,hasad dengki serta malas.Bahan-bahan ini hanya akan merosakkan hidangan ini. Selamat menjamah :)

Thursday, March 17, 2011

Minggu Bahasa Melayu 2011

SRIES akan mengadakan Minggu Bahasa Melayu pada tahun ini pada bulan Mei 2011. Minggu Bahasa Melayu akan berlangsung dari 20/5 hingga 30Mei 2011. Di antara aktiviti yang akan dikenalikan iala seperti Pertandingan Bercerita, Deklimasi Sajak, Pidato dan Pameran Bahasa Melayu.